Salam kawan-kawan..
Rancangan untuk menjejakkan kaki di puncak Bukit Tabur telahpun terlaksana pada 15 mei 2010 jam 11malam yang mana pada asalnya ingin mendaki pada 15 mei 2010 jam 3.00pagi. Rancangan tergendala disebabkan ada masalah yang tidak dapat di elakkan, namun begitu rancangan untuk mendaki puncak Bukit Tabur berjaya juga akhirnya.
Dari Taman Melawati, perjalanan melalui jalan kecil di kampung Klang Gate. Kereta kami tinggal betul-betul kat depan pintu Empangan Klang Gate. Biasa pada hari minggu laluan ini akan dipenuhi kenderaan pendaki, jadi jangan masuk terlalu jauh ke dalam kalau datang lewat kerana sudi pastinya tempat letak kenderaan pasti penuh. Tapi kami sampai malam. jadi tiadalah kenderaan lain ada disitu.
Pendakian malam hari
Setelah semua persiapan selesai makan bermulalah pendakian dari bahagian semak di tepi jalan. Bermu
la dengan lorong tanah merah, laluan yang terus mencanak naik. Bagi yang berstamina average (seperti kami Geng RL
), Cabaran ini sudah cukup untuk membuat dada berdegup kencang.
Tempoh 30 minit pertama membenarkan pendakian kami seramai 13 orang agak santai. Tetapi selepas itu trail atau track yang kami lalui semakin mengecil dan sempit. Laluan hanya boleh di lalui seorang demi seorang pendaki pada satu-satu masa. Di kiri dan kanan anda boleh melihat lereng-lereng bukit yang sangat cerun. Kecerunannya mungkin melebihi 50 meter.
Oleh itu, Bagi mereka yang mendaki sebelum matahari terbit seperti kami, sebaik-baiknya membawa lampu suluh atau headlamp agar dapat mangatur langkah dengan lebih berhati-hati. Jangan sesekali berlari semasa melalui trail atau track dalam keadaan gelap jika tidak anda mungkin terbabas dan terjunam ke bawah cerun (banyak sudah kejadian macam ni berlaku)
Kejadian-kejadian yang pernah berlaku.
Pendakian pada peringkat seterusnya banyak melibatkan permukaan batu kapur yang tajam dan kasat. Awsi pergerakakn kaku anda jika tidak mahu terluka. Seperkara lagi yang harus anda beri perhatian adalah capaian ketika anda mendaki, jika terpaut pada dahan atau batang pokok sila pastikan anda memilih pokok yang cukup kuat untuk menampung berat anda.
Keadaan ketika pendakian menuju puncak
Bagaimana pun, Kesukaran mendaki bukit tabur ni bukanlah pada laluan mendaki tetapi cabarannya ketika menuruni lereng-lereng batu yang jauh lebih sukar. Di kawasan yang sukar ada disediakan tali untuk berpaut. Beberapa kawasan merbahaya telah di tandakan dengan bendera merah, laluan bercabang (pilihan) juga harus dipilih dengan baik kerana laluan masuk yang nampak mudah mungkin jauh lebih sukar disebaliknya. Ekoran itu banyak kejadian maut dan juga sesat di Bukit Tabur. Namun laluan dipuncak bukit itu tidak mungkin akan membuat anda tersesat.
Risiko sesat (banyak berlaku) sebenarnya adalah selepas pendaki mula turun dari bahagian belakang yang di gelar 'back of the dragon' itu. oleh yang demikian, dinasihatkan pendaki supaya tidak keluar daripada laluan yang digunakan, kecuali anda berpengalaman dengan orientasi peta dan dilengkapi alat pemetaan.
Dari puncak Bukit Tabur
Pendakian yang mencabar stamina dan fizikal.
Secara anggaran, pendakian ke puncak banjaran batu kuarza (Quartz) terpanjang di dunia ini memakan masa satu jam setengah hingga dua jam. Bergantung kepada kelajuan dan kekerapan anda berhenti meghabiskan masa dengan berehat. Pada hari minggu, pendakian boleh memakan masa lebih lama kerana jumlah pendaki yang ramai.
Namun perjalanan yang kami lakukan pada waktu malam dan lebih sukar untuk melihat, dengan berbekalkan lampu kami gagahinya juga untuk menuju ke puncak. Perjalanan kami agak lama memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke tapak perkhemahan yang kami inginkan.
Setalah kami sampai di tapak yang dicandangkan kami memasang khemah dan ada juga yang memasak. Kami istirehat sambil bersembang menunggu hari siang, ada yang tidur kerana kepenatan ada juga yang mengambil gambar dengan pelbagai gaya dan karenah.