MEMBUAT keputusan untuk berkhemah pada saat-saat minggu terakhir kerana ekspedisi hendak menawan gunung buah tidak kesampaian disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan.
Namun, pilihan lokasi pada saat akhir biasanya berdekatan dan hanya memakan masa setengah hari hingga dua hari sahaja. Kami juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara yang sedemikian. Bermula dengan perbincangan di restoran western dekat Kampung Baru, akhirnya kami seramai 10 orang dari Rentaklipur Team (RL) memutuskan untuk menjejaki air terjun Lepok di Hulu Langat, Selangor pada 17 April 2010. Berbekalkan log yang dimuat turun dari laman web dan maklumat tentang air terjun ini melalui telefon daripada rakan-rakan kami, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana.
Air terjun ini adalah permulaan bagi Sungai Lepok. Ada yang memanggilnya Sungai Lepor atau Sungai Lepoh. Namun, mengikut rujukan dalam peta Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (cetakan 2003), sungai yang dicatatkan di lokasi yang akan kami tuju ialah Sungai Lepok. Tiada persiapan rapi diperlukan. Hanya peralatan perkhemahan dan sedikit kudap-kudapan bagi mengalas perut ketika berjalan di dalam hutan sahaja yang kami sediakan.
Group Rentaklipur
Aksi hebat Rentaklipur
Anda boleh lawati lama web waterfallsofmalaysia
tk sabarnye nk g...
ReplyDeletesabo! sabo!.. nnt kite p sama2 yerk..
ReplyDeletetp frust gak ni syikin tak ikut sama.. hahahahaaa
aku x dpt nk follow...kecewa....
ReplyDeletekenapa lak x dpt nk follow...
ReplyDeletejom laa.. tinggalkan segala BFFFFFFFFFFFFFF
nak tanye sikit, trek dr umah org asli smpai air terjun senang x? maksudnye perlukan org asli guide ataupon bleh redah sendiri? aku nak gi 16&17 may ni.. TQ
ReplyDeleteTempat camping berdekatan air terjun tu ada fasiliti macam toilet tak?
ReplyDelete