Aktiviti di rancang ntah bile? Namun dek kerana ke inginan yang begitu taksub oleh adi, kami seramai 5 orang mendaki Bukit Tabur pada hari ahad seperti yang adi inginkan. Kami (awe, sue, adi, noya dan khairi) mula menaiki Bukit Tabur jam 3.30pm. Khairi menunggu kami di stesen minyak petronas Taman Melawati. Sejurus berjumpa dengan khairi, Sue pergi membeli air 100 Plus untuk bagi tenaga kami naik Bukit Tabur.
Sesampai kami di kaki bukit, tanpa membuat sedikit senaman kami terus mendaki. Pendakian bermula, 100 meter pertama cukup mudah dan tiada halangan yang perlu kami tempuh. Jurang-jurang yang merbahaya tidak kelihatan lagi.
Setelah habis 100 meter pertama, kami mendaki dengan memanjat batu-batu yang cantik lagi menarik tertarik memang D'BOOM!!! Disini bermula lah aksi-aksi yang mencuit hati, kami bertemu dengan seekor lontong yang sangat comel (rasa macam nak bawa balik je). khairi sempat mengambil gambar lontong itu dengan posing maut punyerrr!!! Pendakian di teruskan lagi, Noya dan Khairi memecut laju kerana hendak mengejar pemandangan matahari jatuh. Ingin mengambil gambar di waktu senja la katakan.
Kami tempuhi berbagai rintangan seperti memanjat dan mendaki serta kami terasa macam pergi training rock climbing pula, kerana tempatnya memang menyeronokkan dan mencabar. Kami sampai di puncak sekitar jam 6.00pm, kami leka mengambil gambar dengan aksi-aksi yang menarik untuk dibuat koleksi kami nanti.
Kami tidak dapat melihat mentari senja kerana hari mendung dan mentari berselindung di balik awan yang tebal. Hanya yang mampu kami lihat hanyalah Kuala Lumpur di waktu senja dan cahaya lampu menyinari Bandaraya yang sungguh indah di waktu malam. Sebelum hari betul-betul gelap kami menuruni bukit untuk pulang.
Kami bergerak pulang selepas solat maghrib, bergerak dalam gelap yang lebih mendebarkan. Dalam keadaan yang gelap lagi kelam bagaikan ada sesuatu memandang kami. Kedengaran bermacam-macam bunyi yang menggerak hati untuk melihatnya. Cahaya yang timbul di celah-celahan batu amat memukau pemandangan. Kami duduk seketika kerana menghormati azan isyak dan disinilah bermulanya suara yang seram memanggil adi dan hanya adi sahaja yang mendengarnya serta dapat melihatnya.
Perjalanan diteruskan juga tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kami mendengar adi asyik mengeluh dan tersentak-sentak, aku(awe) hanya membawa jalan pulang kerana aku di depan sekali, mengikut panduan kilauan batu-batu kecil dan cahaya lampu suluh yang di bawa oleh adi. adi telah di usik oleh makluk itu dan Khairi juga dapat melihatnya tapi tidak begitu jelas. Dengar adi cakap bentuknya hitam seperti daun pisang dan ia hanya memanggil nama adi sahaja. Memanggil adi dengan panggilan manja adi yang selalu di panggil oleh orang tuanya. ia mengikut kami sehingga ke tempat letak kereta di kaki bukit.
Aku(awe) yang tidak tahu apa-apa selamba je suruh tunggu sekejap kerana badan ku basah kuyup dibasahi peluh sendiri. Khairi menghidupkan enjin keretanya dan mengundur kebelakang, kerana Khairi dapat melihat makluk itu masih lagi ada disitu. Sejurus seketika kami terus bergerak dari situ menuju ke tempat yang di janji bersama ira, kerana kami sudah berjanji ingin makan bersama setelah kami turun dari Bukit Tabur. Setelah sampai di kedai kereta adi pula buat hal, kami mula panik kerana enjin kereta adi berasap.
Kami tak tahu kenapa tetiba kereta adi berasap. setelah parking dengan elok kami selidik enjin kereta adi dan lihat apa yang terjadi. setelah melihat keadaannya tak teruk kami biarkan dulu kerana ingin ia sejuk dahulu. Kami menuju ke kedai makan yang ira bawa. keadaan kedai yang cukup cantik dan romantis, kami mencari tempat dan duduk serta order makanan.

Bermula di meja makanlah baru aku(awe) tahu cerita sebenar yang berlaku kepada adi yang selalu mengeluh dan tersentak-sentak. cerita yang membuat semua orang seram dan dari situ la macam-macam cerita seram lain timbul. Setelah selesai makan kami pergi check balik kereta adi, rupa-rupanya tangki air kereta adi kering. sekering-keringnya tangki kereta adi, mananya tak berasapkan. lawak betul la. Kami pun isi air dan tengok dah tiada apa-apa yang rosak kami berjalan pulang kerumah masing-masing.
P/s: Mohon maaf kerana banyak ayat yang sangkut-sangkut dan banyak lagi kesah yang tak diceritakan.
gambar akan di upload seketika nanti..

sungguh seronok ghituu.
ReplyDeleteJOm kumpul
ReplyDelete