Pages

Wednesday, January 3, 2018

Apa itu Bitcoin


Secara ringkas terdapat 2 group duit dalam planet bumi ini :
1) Fiat Currencies yang diterbitkan oleh bank-bank
2) Cryptocurriencies yang diterbitkan di internet

Berapa banyak jenis fiat curriencies ada dalam planet bumi? adalah banyak dalam sebanyak berapa jumlah buah negara dalam planet bumi ini.

Berapa banyak cryptocurriencies ada dalam planet bumi? adalah sebanyak lebih 700 jenis. Kita kena ingat sesiapa saja boleh mencipta crytocurriencies atau cryptocoin di internet ini.
Developer atau founder cryptocoin ini mempunyai visi atau agenda tersembunyi masing-masing kenapa dia mencipta sesuatu cryptocoin itu. Hanya orang lama yang mahir dalam bidang ini dapat meneka hala tuju cryptocoin itu.

Cryptocoin pertama planet bumi ialah BITCOIN (BTC) direka oleh orang yang tidak dikenali mengunakan nama samaran Satoshi Nakamoto.

Tidak mempunyai agenda tersembunyi.... bermula dengan tiada harga, kemudian bernilai seperti sekeping pizza atau senang kira dalam USD 0.03 satu Bitcoin (BTC) pada tahun lebih kurang 2010

dan semalam pada tanggal 3 Jan 2018 satu Bitcoin (BTC) = USD 15,368.00

Jika Satoshi mempunyai agenda tertentu, tak sampai pada tahun 2012 pun bitcoin ini dah terbongkang....

Bagi peminat graph bolehlah hadam graph dibawah ini.....

Bagi yang tak tahu baca graph....saya ringkaskan begini :
Pada tarikh semalam 2 Julai 2017 ada lebih kurang 16,780,900 
jumlah bijik bitcoin kali dengan $15,129.30  untuk setiap bijik bitcoin jadi.....

Market Capitalization Bitcoin (BTC) = $253,883,270,370

Lagi besar asetnya dari kebanyakkan bank dunia yg ternama.

Ingat ye... anda boleh memiliki kurang dari sebijik bitcoin (BTC)... kalau anda nak simpan sikit sangat pun boleh.....

Paling sikit ialah 0.00000001 Bitcoin (BTC)

Kita jumpa lagi...


https://bitconnect.co/?ref=mrizzu

Monday, April 7, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

Dah lama rentaklipur berdiam tiada berita, sepi sunyi tanpa aktiviti.

permulaan yang baru, disini dengan rendah diri rentak nak propose
design baju kanak-kanak yang mungkin ramai yang suka atau tidak suka.

dilampirkan contohnya dulu..



harap-harap ada la yang suka ye...

Wednesday, January 19, 2011

Persediaan Sebelum Jadi Full Time Wedding Photographer

Nak buat wedding photography secara full time ni merupakan satu langkah yang besar dan memerlukan pertimbangan yang mendalam. Ini memang satu keputusan yang berat. Berikut adalah tips yang boleh saya berikan:

1. Perlu ada job yang mencukupi, sekurang-kurangnya boleh menampung kos sara hidup kita. Job yang ada mestilah konsisten jumlahnya. Kena ingat, buat bisnes dapat RM 2,000 sebulan tak sama macam kerja bergaji RM 2,000 sebulan. Kalau gaji sekarang RM 2,000, bila start bisnes kena dapat sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan. Ini kerana, bila buat bisnes, kita kena keluar kos permulaan, kena ada modal pusingan, kena selalu invest kepada equipment dan kita kena ingat, bukan semua customer kita akan bayar ontime dan ada jugak yang tak bayar langsung!

2. Pastikan cash flow yang baik sepanjang masa. Disamping ada job yang mencukupi, pastikan juga kita boleh dapat wang tunai dari job yang dibuat secara konsisten. Tak guna kalau job banyak, tapi duit tak dapat. Untuk dapat cashflow yang konsisten, anda perlu buat job-job kecil yang dapat duit cepat disamping job besar yang belum tentu bila dapat duitnya. Wedding photography ni seasonal, bukan setiap bulan ada banyak job. Jadi, anda kena pastikan anda ada job setiap bulan, setiap minggu dan kalau boleh setiap hari! Waktu tak ada job wedding, kena cari job potret, buat design album dan sebagainya untuk isi masa dan untuk pastikan cash flow yang cantik. Banyak bisnes lingkup sebab cashflow yang tidak baik, bukan sebab tak ada job.

3. Seeloknya telah mempunyai peralatan asas yang lengkap seperti set kamera DSLR dan komputer untuk buat editing. Untuk permulaan, kalau ada duit lebih, jangan beli equipment baru, simpan duit untuk bulan yang tak ada job. Jangan guna wang hanya untuk beli equipment, kena belanjakan wang untuk tujuan lain juga seperti pemasaran dan sebagainya.

4. Seeloknya ada wang simpanan 3 kali ganda dari kos sara hidup bulanan anda. Andainya anda memerlukan RM 2,000 untuk kos sara hidup bulanan (bayar sewa rumah, bayar ansuran kereta dan sebagainya), anda memerlukan RM 6,000 sebagai wang simpanan sebagai persediaan jika anda tak dapat bayaran atau kalau tak ada job pada masa akan datang. Lagi banyak wang simpanan, lagi bagus.

Selain dari itu, mesti ada semangat yang kuat, minat yang mendalam dalam bisnes, sentiasa belajar mengenai fotografi dan teknik perniagaan. Semasa saya mula bisnes dulu, saya tak ada wang simpanan langsung, equipment tak cukup dan job yang tak secure. Saya buat kesilapan besar waktu itu dan perjalanan bisnes saya sangat susah. Tapi, kesusahan itu adalah guru dan pendorong kuat saya. Yang penting, kita mesti ada azam yang kuat untuk mencapai matlamat kita.

Petikan dari FOTOTEACHER.COM

Monday, January 10, 2011

Ucapan selamat pengantin baru

Geng rentaklipur mengucapkan selamat pengantin baru kepada gengnya yang telah pun melangsungkan majlis perkahwinan akhir 2010 dan awal 2011. Semoga bahagia dan kekal ke anak cucu.. cepat2 dpt anak tau.. hehehe


Selamat pengantin baru buat Faizal & iza


Selamat pengantin baru buat Zul & honey

Selamat pengantin baru buat Haniff & Suzana

Monday, May 17, 2010

Mendaki Bukit Tabur Kali ke 2 @ 11pm

Salam kawan-kawan..

Rancangan untuk menjejakkan kaki di puncak Bukit Tabur telahpun terlaksana pada 15 mei 2010 jam 11malam yang mana pada asalnya ingin mendaki pada 15 mei 2010 jam 3.00pagi. Rancangan tergendala disebabkan ada masalah yang tidak dapat di elakkan, namun begitu rancangan untuk mendaki puncak Bukit Tabur berjaya juga akhirnya.

Dari Taman Melawati, perjalanan melalui jalan kecil di kampung Klang Gate. Kereta kami tinggal betul-betul kat depan pintu Empangan Klang Gate. Biasa pada hari minggu laluan ini akan dipenuhi kenderaan pendaki, jadi jangan masuk terlalu jauh ke dalam kalau datang lewat kerana sudi pastinya tempat letak kenderaan pasti penuh. Tapi kami sampai malam. jadi tiadalah kenderaan lain ada disitu.

Pendakian malam hari

Setelah semua persiapan selesai makan bermulalah pendakian dari bahagian semak di tepi jalan. Bermula dengan lorong tanah merah, laluan yang terus mencanak naik. Bagi yang berstamina average (seperti kami Geng RL ), Cabaran ini sudah cukup untuk membuat dada berdegup kencang.

Tempoh 30 minit pertama membenarkan pendakian kami seramai 13 orang agak santai. Tetapi selepas itu trail atau track yang kami lalui semakin mengecil dan sempit. Laluan hanya boleh di lalui seorang demi seorang pendaki pada satu-satu masa. Di kiri dan kanan anda boleh melihat lereng-lereng bukit yang sangat cerun. Kecerunannya mungkin melebihi 50 meter.

Oleh itu, Bagi mereka yang mendaki sebelum matahari terbit seperti kami, sebaik-baiknya membawa lampu suluh atau headlamp agar dapat mangatur langkah dengan lebih berhati-hati. Jangan sesekali berlari semasa melalui trail atau track dalam keadaan gelap jika tidak anda mungkin terbabas dan terjunam ke bawah cerun (banyak sudah kejadian macam ni berlaku)




Kejadian-kejadian yang pernah berlaku.

Pendakian pada peringkat seterusnya banyak melibatkan permukaan batu kapur yang tajam dan kasat. Awsi pergerakakn kaku anda jika tidak mahu terluka. Seperkara lagi yang harus anda beri perhatian adalah capaian ketika anda mendaki, jika terpaut pada dahan atau batang pokok sila pastikan anda memilih pokok yang cukup kuat untuk menampung berat anda.



Keadaan ketika pendakian menuju puncak

Bagaimana pun, Kesukaran mendaki bukit tabur ni bukanlah pada laluan mendaki tetapi cabarannya ketika menuruni lereng-lereng batu yang jauh lebih sukar. Di kawasan yang sukar ada disediakan tali untuk berpaut. Beberapa kawasan merbahaya telah di tandakan dengan bendera merah, laluan bercabang (pilihan) juga harus dipilih dengan baik kerana laluan masuk yang nampak mudah mungkin jauh lebih sukar disebaliknya. Ekoran itu banyak kejadian maut dan juga sesat di Bukit Tabur. Namun laluan dipuncak bukit itu tidak mungkin akan membuat anda tersesat.

Risiko sesat (banyak berlaku) sebenarnya adalah selepas pendaki mula turun dari bahagian belakang yang di gelar 'back of the dragon' itu. oleh yang demikian, dinasihatkan pendaki supaya tidak keluar daripada laluan yang digunakan, kecuali anda berpengalaman dengan orientasi peta dan dilengkapi alat pemetaan.


Dari puncak Bukit Tabur

Pendakian yang mencabar stamina dan fizikal.

Secara anggaran, pendakian ke puncak banjaran batu kuarza (Quartz) terpanjang di dunia ini memakan masa satu jam setengah hingga dua jam. Bergantung kepada kelajuan dan kekerapan anda berhenti meghabiskan masa dengan berehat. Pada hari minggu, pendakian boleh memakan masa lebih lama kerana jumlah pendaki yang ramai.

Namun perjalanan yang kami lakukan pada waktu malam dan lebih sukar untuk melihat, dengan berbekalkan lampu kami gagahinya juga untuk menuju ke puncak. Perjalanan kami agak lama memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke tapak perkhemahan yang kami inginkan.

Setalah kami sampai di tapak yang dicandangkan kami memasang khemah dan ada juga yang memasak. Kami istirehat sambil bersembang menunggu hari siang, ada yang tidur kerana kepenatan ada juga yang mengambil gambar dengan pelbagai gaya dan karenah.













gambar-gambar yang menarik di waktu malam











gambar-gambar yang menarik di waktu pagi
Dari puncaknya, pendaki boleh menyaksikan kehijauan hutan primary dan pemandangan saujana mata memandang hingga ke puncak menara berkembar Petronas. Bagi peminat fotografi, lokasi ini antara yang terbaik untuk menembak sunrise popular selain di Bukit Broga, Semenyih.

Monday, April 26, 2010

Iron Man 2 : Five things you need to know about the movie

1. The sequel sees Robert Downey Jr return as Iron Man and Jon Favreau return to the director's chair.

2. Filming took place from April through mid-july last year.

3. The movie was shot mainly in california, including in Manhattan Beach, Hawthom, and at Edwards Air Force Base and New Mexico.

4. Iron Man 2 has an estimated budget of $200 million. The original Iron Man had a budget of $140 million.

5. Academy Award nominee Don Cheadle replaces Terrence Howard in the role of Jim Rhodes



Rentaklipur Group have a date with Iron Man 2 at 9 May 2010.




Sunday, April 25, 2010

Pendakian ke Bukit Tabur dan Pengalaman








Aktiviti di rancang ntah bile? Namun dek kerana ke inginan yang begitu taksub oleh adi, kami seramai 5 orang mendaki Bukit Tabur pada hari ahad seperti yang adi inginkan. Kami (awe, sue, adi, noya dan khairi) mula menaiki Bukit Tabur jam 3.30pm. Khairi menunggu kami di stesen minyak petronas Taman Melawati. Sejurus berjumpa dengan khairi, Sue pergi membeli air 100 Plus untuk bagi tenaga kami naik Bukit Tabur.














Sesampai kami di kaki bukit, tanpa membuat sedikit senaman kami terus mendaki. Pendakian bermula, 100 meter pertama cukup mudah dan tiada halangan yang perlu kami tempuh. Jurang-jurang yang merbahaya tidak kelihatan lagi.

Setelah habis 100 meter pertama, kami mendaki dengan memanjat batu-batu yang cantik lagi menarik tertarik memang D'BOOM!!! Disini bermula lah aksi-aksi yang mencuit hati, kami bertemu dengan seekor lontong yang sangat comel (rasa macam nak bawa balik je). khairi sempat mengambil gambar lontong itu dengan posing maut punyerrr!!! Pendakian di teruskan lagi, Noya dan Khairi memecut laju kerana hendak mengejar pemandangan matahari jatuh. Ingin mengambil gambar di waktu senja la katakan.

Kami tempuhi berbagai rintangan seperti memanjat dan mendaki serta kami terasa macam pergi training rock climbing pula, kerana tempatnya memang menyeronokkan dan mencabar. Kami sampai di puncak sekitar jam 6.00pm, kami leka mengambil gambar dengan aksi-aksi yang menarik untuk dibuat koleksi kami nanti.

Kami tidak dapat melihat mentari senja kerana hari mendung dan mentari berselindung di balik awan yang tebal. Hanya yang mampu kami lihat hanyalah Kuala Lumpur di waktu senja dan cahaya lampu menyinari Bandaraya yang sungguh indah di waktu malam. Sebelum hari betul-betul gelap kami menuruni bukit untuk pulang.

Kami bergerak pulang selepas solat maghrib, bergerak dalam gelap yang lebih mendebarkan. Dalam keadaan yang gelap lagi kelam bagaikan ada sesuatu memandang kami. Kedengaran bermacam-macam bunyi yang menggerak hati untuk melihatnya. Cahaya yang timbul di celah-celahan batu amat memukau pemandangan. Kami duduk seketika kerana menghormati azan isyak dan disinilah bermulanya suara yang seram memanggil adi dan hanya adi sahaja yang mendengarnya serta dapat melihatnya.

Perjalanan diteruskan juga tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kami mendengar adi asyik mengeluh dan tersentak-sentak, aku(awe) hanya membawa jalan pulang kerana aku di depan sekali, mengikut panduan kilauan batu-batu kecil dan cahaya lampu suluh yang di bawa oleh adi. adi telah di usik oleh makluk itu dan Khairi juga dapat melihatnya tapi tidak begitu jelas. Dengar adi cakap bentuknya hitam seperti daun pisang dan ia hanya memanggil nama adi sahaja. Memanggil adi dengan panggilan manja adi yang selalu di panggil oleh orang tuanya. ia mengikut kami sehingga ke tempat letak kereta di kaki bukit.

Aku(awe) yang tidak tahu apa-apa selamba je suruh tunggu sekejap kerana badan ku basah kuyup dibasahi peluh sendiri. Khairi menghidupkan enjin keretanya dan mengundur kebelakang, kerana Khairi dapat melihat makluk itu masih lagi ada disitu. Sejurus seketika kami terus bergerak dari situ menuju ke tempat yang di janji bersama ira, kerana kami sudah berjanji ingin makan bersama setelah kami turun dari Bukit Tabur. Setelah sampai di kedai kereta adi pula buat hal, kami mula panik kerana enjin kereta adi berasap.

Kami tak tahu kenapa tetiba kereta adi berasap. setelah parking dengan elok kami selidik enjin kereta adi dan lihat apa yang terjadi. setelah melihat keadaannya tak teruk kami biarkan dulu kerana ingin ia sejuk dahulu. Kami menuju ke kedai makan yang ira bawa. keadaan kedai yang cukup cantik dan romantis, kami mencari tempat dan duduk serta order makanan.

Bermula di meja makanlah baru aku(awe) tahu cerita sebenar yang berlaku kepada adi yang selalu mengeluh dan tersentak-sentak. cerita yang membuat semua orang seram dan dari situ la macam-macam cerita seram lain timbul. Setelah selesai makan kami pergi check balik kereta adi, rupa-rupanya tangki air kereta adi kering. sekering-keringnya tangki kereta adi, mananya tak berasapkan. lawak betul la. Kami pun isi air dan tengok dah tiada apa-apa yang rosak kami berjalan pulang kerumah masing-masing.

P/s: Mohon maaf kerana banyak ayat yang sangkut-sangkut dan banyak lagi kesah yang tak diceritakan.
gambar akan di upload seketika nanti..