Detik Jam 1.00am,
Persiapan untuk kembara kali ini bermula pada malam tahun baru. Saat yang di nanti oleh semua yang sertai telah pun bermula dan segala keperluan sudah di sediakan selengkapnya untuk perkhemahan 3 hari 2 malam di 'Waterfalls Berkelah'. Perjalan yang mengambil masa hampir 7 jam kerana banyak tempat persinggahan, salah satu perhentian kami di Hentian R&R Sepah.
Kami Sampai di tempat letak kereta pada jam 6.20am, kemudian kami pun mengeluarkan kesemua keperluan yang diperlukan untuk berangkat masuk ke destinasi yang ingin di tuju. Kami ke tempat yang di tuju dengan menaiki 'pick up' yang di bawa oleh penduduk setempat yang bernama ah long. Jam 7.30am Ah long sampai dengan 'pick up' nya dan kami bersalaman sambil memperkenalkan diri, ternyata dia seorang yang peramah. Beliau menceritakan serba sedikit tentang tempat yang ingin kami berkhemah, setelah mendengar daripada beliau kami makin teruja ingin menjejakkan kaki ke tempat destinasi yang kami ingin daki.
Kitar jam 8.00am
Kami sampai di tempat permulaan track menuju ke destinasi kami. Rasanya tidak mencabar sangatlah sebab track sudah ada untuk kami menuju ke destinasi kami. Perjalanan yang kami ambil lebih kurang 45minit untuk ke tempat perkhemahan.
Jam 10.30am
Setelah penat kami mendirikan khemah dan diletak tempat yang selesa perut kami mula terasa lapar serta ada juga yang ingin merasai kedinginan Air Terjun Berkelah yang di katakan sungguh sejuk dan jernih itu. Tempat memasak telah disediakan, makanan telah dikeluarkan, tibalah masa untuk kami memasak ala kadar sahaja buat sarapan pagi itu.
Selepas itu kami semua pergi lah mandi dan merasai air yang sejuk dan nyaman.
bersambung.......
bila nk sambung ni?..hehheheh
ReplyDelete