Pages

Wednesday, January 20, 2010

XPDC Gunung Nuang 15&16 Jan, 2010

XPDC Gunung Nuang kali ini kami bercadang untuk bermalam semalaman, bagi mengembalikan tenaga kepada yang tidak pernah mendaki. Kami bertolak dari putrajaya jam 8.30am sampai ke destinasi jam 9.30am. Sesudah sampai kami mengemas peralatan dan bekalan kami mencukupi sebelum mendaftar di balai pendaftaran masuk hutan.
Pendakian kami bermula jam 10.30am. Perjalan kami untuk sampai ke Kem Lolo memakan masa selama 3 jam, kerana ada di kalangan kami keletihan disebabkan tidak biasa mendaki. Walau apa pun kami sampai juga ke perkhemahan kami dengan selamat. Jam 2.00pm kami rehat dan menikmati udara segar sekejap sebelum makanan di sediakan. Setelah siap menyediakan khemah dan makanan kami berehat seketika, ada juga yang tidur sebab penat memikul beban yang di galas dan keletihan berjalan kaki.


Hari ke-2 pendakian ke puncak di teruskan jam 3.30am bersama group yang lain seramai 50 org, Berbekalkan roti sardin dan air segar dari sungai. Sampai di puncak kitaran jam 9.00am disebabkan ada sedikit masalah Zul dan groupnya lambat sampai di puncak, namun begitu semangat berpasukan mereka amatlah kuat. Mereka balik dari puncak dan sampai di khemah jam 3.00pm, ada yang sakit dan kelaparan kerana makanan tak cukup. Jam 5.30pm kami memulakan perjalanan menurun Gunung Nuang dan sampai ke kaki gunung jam 6.45pm. Begitulah aktiviti kami di Gunung Nuang dan berakhir di kedai makan, kami makan sepuasnya...








No comments:

Post a Comment