Pages

Wednesday, April 14, 2010

Berkhemah di Air Terjun Lepoh



Pada 17 April 2010 iaitu sabtu hadapan Rentaklipur telah mengaturkan program trekking ke Air Terjun Sungai Lepoh.

MEMBUAT keputusan untuk berkhemah pada saat-saat minggu terakhir kerana ekspedisi hendak menawan gunung buah tidak kesampaian disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan.

Namun, pilihan lokasi pada saat akhir biasanya berdekatan dan hanya memakan masa setengah hari hingga dua hari sahaja. Kami juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara yang sedemikian. Bermula dengan perbincangan di restoran western dekat Kampung Baru, akhirnya kami seramai 10 orang dari Rentaklipur Team (RL) memutuskan untuk menjejaki air terjun Lepok di Hulu Langat, Selangor pada 17 April 2010. Berbekalkan log yang dimuat turun dari laman web dan maklumat tentang air terjun ini melalui telefon daripada rakan-rakan kami, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana.


Air terjun ini adalah permulaan bagi Sungai Lepok. Ada yang memanggilnya Sungai Lepor atau Sungai Lepoh. Namun, mengikut rujukan dalam peta Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (cetakan 2003), sungai yang dicatatkan di lokasi yang akan kami tuju ialah Sungai Lepok. Tiada persiapan rapi diperlukan. Hanya peralatan perkhemahan dan sedikit kudap-kudapan bagi mengalas perut ketika berjalan di dalam hutan sahaja yang kami sediakan.


Group Rentaklipur


Aksi hebat Rentaklipur


Anda boleh lawati lama web waterfallsofmalaysia

Gallery Gambar Rentak Lipur



























Besday Sue


Perkara yang tak di jangka terjadi atas dirinya... namun begitu dia tabah menghadapinya dengan senyuman yang manis demi menceriakan rakan2nya..

Hari yang terindah bagi kami yang menyambut hari lahirnya... Kenangan yang tak mungkin akan terjadi kali seterusnya.. tapi mungkin berulang.

Tunggu dan lihat saje!!!!!.. hahahahaa

Gallery besday

Trip to Melaka 2D1N

Pengembaraan yang menarik untuk dilawati bersama, dengan budget yang sederhana..



Gallery Gambar melaka

Sunday, April 11, 2010

Broga Hill Ke-3


Kembara ke Bukit Broga buat kali ke - 2 bagi group rentak lipur.. Perjalanan bermula jam 6.30am.. selepas selepas sembahyang subuh dan isi minyak di petronas Presint 9. Detik 7.15 am kami sampai di kaki bukit dalam keadaan hari masih hujan lebat.. group Zul, Vero, Ira dan Noia bergerak dahulu mendaki bukit.. group awe, adi, sue dan amy masih lagi dalam kereta menunggu hujan reda.. Kami mendaki Bukit Broga sehingga jam 1.00 pm.



Gambar Gallery Broga Hill

Monday, March 1, 2010

Contoh design baju bagi club rentak lipur 2010

Salam buat kengkawan seme.. di sini ak ada beberapa design baju yang mana baju-baju ini utk di pakai ketika mengikuti trip kembara ataupun jelajah belantara..


dan Club RL telah memilih warna hijau..




Wednesday, January 20, 2010

XPDC Gunung Nuang 15&16 Jan, 2010

XPDC Gunung Nuang kali ini kami bercadang untuk bermalam semalaman, bagi mengembalikan tenaga kepada yang tidak pernah mendaki. Kami bertolak dari putrajaya jam 8.30am sampai ke destinasi jam 9.30am. Sesudah sampai kami mengemas peralatan dan bekalan kami mencukupi sebelum mendaftar di balai pendaftaran masuk hutan.
Pendakian kami bermula jam 10.30am. Perjalan kami untuk sampai ke Kem Lolo memakan masa selama 3 jam, kerana ada di kalangan kami keletihan disebabkan tidak biasa mendaki. Walau apa pun kami sampai juga ke perkhemahan kami dengan selamat. Jam 2.00pm kami rehat dan menikmati udara segar sekejap sebelum makanan di sediakan. Setelah siap menyediakan khemah dan makanan kami berehat seketika, ada juga yang tidur sebab penat memikul beban yang di galas dan keletihan berjalan kaki.


Hari ke-2 pendakian ke puncak di teruskan jam 3.30am bersama group yang lain seramai 50 org, Berbekalkan roti sardin dan air segar dari sungai. Sampai di puncak kitaran jam 9.00am disebabkan ada sedikit masalah Zul dan groupnya lambat sampai di puncak, namun begitu semangat berpasukan mereka amatlah kuat. Mereka balik dari puncak dan sampai di khemah jam 3.00pm, ada yang sakit dan kelaparan kerana makanan tak cukup. Jam 5.30pm kami memulakan perjalanan menurun Gunung Nuang dan sampai ke kaki gunung jam 6.45pm. Begitulah aktiviti kami di Gunung Nuang dan berakhir di kedai makan, kami makan sepuasnya...








BERKELAH Hari Ke 2

Sambungan BERKELAH..

Pada hari kedua pendakian bermula jam 10.00am menuju ke puncak BERKELAH. Pendakian yang cukup menyeronokkan dan ia boleh di katakan mencabar juga kerana kena melalui tebing yang curang serta membahaya. Setelah sampai di puncak rasanya puas dan nyaman sekali, melihat keindahan alam yang segar menghijau air terjun yang bersih. Tetapi tempat mandinya begitu dalam dan kena berhati-hati semasa mandi.







berikut adalah gambar masa pulang dan ucapkan selamat tinggal BERKELAH semoga jumpa lagi.