Monday, April 26, 2010
Iron Man 2 : Five things you need to know about the movie
2. Filming took place from April through mid-july last year.
3. The movie was shot mainly in california, including in Manhattan Beach, Hawthom, and at Edwards Air Force Base and New Mexico.
4. Iron Man 2 has an estimated budget of $200 million. The original Iron Man had a budget of $140 million.
5. Academy Award nominee Don Cheadle replaces Terrence Howard in the role of Jim Rhodes
Sunday, April 25, 2010
Pendakian ke Bukit Tabur dan Pengalaman
Kami tempuhi berbagai rintangan seperti memanjat dan mendaki serta kami terasa macam pergi training rock climbing pula, kerana tempatnya memang menyeronokkan dan mencabar. Kami sampai di puncak sekitar jam 6.00pm, kami leka mengambil gambar dengan aksi-aksi yang menarik untuk dibuat koleksi kami nanti.
Kami tidak dapat melihat mentari senja kerana hari mendung dan mentari berselindung di balik awan yang tebal. Hanya yang mampu kami lihat hanyalah Kuala Lumpur di waktu senja dan cahaya lampu menyinari Bandaraya yang sungguh indah di waktu malam. Sebelum hari betul-betul gelap kami menuruni bukit untuk pulang.
Kami bergerak pulang selepas solat maghrib, bergerak dalam gelap yang lebih mendebarkan. Dalam keadaan yang gelap lagi kelam bagaikan ada sesuatu memandang kami. Kedengaran bermacam-macam bunyi yang menggerak hati untuk melihatnya. Cahaya yang timbul di celah-celahan batu amat memukau pemandangan. Kami duduk seketika kerana menghormati azan isyak dan disinilah bermulanya suara yang seram memanggil adi dan hanya adi sahaja yang mendengarnya serta dapat melihatnya.
Perjalanan diteruskan juga tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kami mendengar adi asyik mengeluh dan tersentak-sentak, aku(awe) hanya membawa jalan pulang kerana aku di depan sekali, mengikut panduan kilauan batu-batu kecil dan cahaya lampu suluh yang di bawa oleh adi. adi telah di usik oleh makluk itu dan Khairi juga dapat melihatnya tapi tidak begitu jelas. Dengar adi cakap bentuknya hitam seperti daun pisang dan ia hanya memanggil nama adi sahaja. Memanggil adi dengan panggilan manja adi yang selalu di panggil oleh orang tuanya. ia mengikut kami sehingga ke tempat letak kereta di kaki bukit.
Aku(awe) yang tidak tahu apa-apa selamba je suruh tunggu sekejap kerana badan ku basah kuyup dibasahi peluh sendiri. Khairi menghidupkan enjin keretanya dan mengundur kebelakang, kerana Khairi dapat melihat makluk itu masih lagi ada disitu. Sejurus seketika kami terus bergerak dari situ menuju ke tempat yang di janji bersama ira, kerana kami sudah berjanji ingin makan bersama setelah kami turun dari Bukit Tabur. Setelah sampai di kedai kereta adi pula buat hal, kami mula panik kerana enjin kereta adi berasap.
Kami tak tahu kenapa tetiba kereta adi berasap. setelah parking dengan elok kami selidik enjin kereta adi dan lihat apa yang terjadi. setelah melihat keadaannya tak teruk kami biarkan dulu kerana ingin ia sejuk dahulu. Kami menuju ke kedai makan yang ira bawa. keadaan kedai yang cukup cantik dan romantis, kami mencari tempat dan duduk serta order makanan.
P/s: Mohon maaf kerana banyak ayat yang sangkut-sangkut dan banyak lagi kesah yang tak diceritakan.
gambar akan di upload seketika nanti..
Wednesday, April 14, 2010
Berkhemah di Air Terjun Lepoh
MEMBUAT keputusan untuk berkhemah pada saat-saat minggu terakhir kerana ekspedisi hendak menawan gunung buah tidak kesampaian disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan.
Namun, pilihan lokasi pada saat akhir biasanya berdekatan dan hanya memakan masa setengah hari hingga dua hari sahaja. Kami juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara yang sedemikian. Bermula dengan perbincangan di restoran western dekat Kampung Baru, akhirnya kami seramai 10 orang dari Rentaklipur Team (RL) memutuskan untuk menjejaki air terjun Lepok di Hulu Langat, Selangor pada 17 April 2010. Berbekalkan log yang dimuat turun dari laman web dan maklumat tentang air terjun ini melalui telefon daripada rakan-rakan kami, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke sana.
Air terjun ini adalah permulaan bagi Sungai Lepok. Ada yang memanggilnya Sungai Lepor atau Sungai Lepoh. Namun, mengikut rujukan dalam peta Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (cetakan 2003), sungai yang dicatatkan di lokasi yang akan kami tuju ialah Sungai Lepok. Tiada persiapan rapi diperlukan. Hanya peralatan perkhemahan dan sedikit kudap-kudapan bagi mengalas perut ketika berjalan di dalam hutan sahaja yang kami sediakan.
Group Rentaklipur
Aksi hebat Rentaklipur
Anda boleh lawati lama web waterfallsofmalaysia
Besday Sue
Perkara yang tak di jangka terjadi atas dirinya... namun begitu dia tabah menghadapinya dengan senyuman yang manis demi menceriakan rakan2nya..
Hari yang terindah bagi kami yang menyambut hari lahirnya... Kenangan yang tak mungkin akan terjadi kali seterusnya.. tapi mungkin berulang.
Tunggu dan lihat saje!!!!!.. hahahahaa
Gallery besday
Trip to Melaka 2D1N
Gallery Gambar melaka
Sunday, April 11, 2010
Broga Hill Ke-3
Kembara ke Bukit Broga buat kali ke - 2 bagi group rentak lipur.. Perjalanan bermula jam 6.30am.. selepas selepas sembahyang subuh dan isi minyak di petronas Presint 9. Detik 7.15 am kami sampai di kaki bukit dalam keadaan hari masih hujan lebat.. group Zul, Vero, Ira dan Noia bergerak dahulu mendaki bukit.. group awe, adi, sue dan amy masih lagi dalam kereta menunggu hujan reda.. Kami mendaki Bukit Broga sehingga jam 1.00 pm.
Gambar Gallery Broga Hill